Friday, July 15, 2011

Asruzaini Abdul Rahman

Dari tadi gua memikirkan perihal adik gua ni. Tersentuh juga naluri seorang abang. Walaupun perit yang dia hadapi cuma masalah kecil. Namun aku tak boleh nak tolong. Aku pun belum stabil lagi. Aku kalau boleh tak mahu dia lalui liku yang sama macam apa yang pernah aku lalui. Aku tahu dia macam mana. Membesar depan mataku. Aku kenal sangat kelemahan dia. Semoga Tuhan tabahkan hati dia. Harap-harap abang aku boleh setlekan.

Thursday, July 14, 2011

Besok Bubar - Indonesian Grunge Rock Band






Band grunge dari Indonesia baru aku jumpa. Browsed punya browsed punya browsed akhirnya. Yeah! Teringat zaman Nirvana dan Alice In Chains : )

Pinjam masa 4 minit 16 saat untuk lagu pengenalan kepada band ini.

Dipersilakan BESOK BUBAR dengan lagu mereka BESOK MATI !!


Hari terus berganti menunggu mati
Saat pijakkan kaki di kota penuh janji
Di sini bukanlah tempat untuk bermimpi
Di sini kita perang lawan diri sendiri

Oh tidak!
Solusi?
Basa basi setiap hari!
Oh tidak!
Lihatlah siapa yang pegang kendali
Oh tidak!
Apa yang ditabur tak bisa diraih
Oh tidak!
Besok kita mati

Orang pintar tidaklah selalu benar
Orang yang benar pun tidaklah selalu pintar
Aturan dibuat hanya untuk dilanggar
Tak perlu khawatir asalkan setoran lancar

Oh tidak!
Solusi?
Basa basi setiap hari!
Oh tidak!
Lihatlah siapa yang pegang kendali
Oh tidak!
Apa yang ditabur tak bisa diraih
Oh tidak!
Besok kita mati

Contact Besok Bubar : 


Tuesday, July 12, 2011

Pertunjukan Khas Secara Solo Di Facebook

1. Share Picture
2. Sendiri "Like"
3. Sendiri Comment
4. Sendiri "Like" Comment
5. Sungguh dasat!
6. Kasi seeengattt!!!
7. Wakakaka


Sunday, July 3, 2011

Twitter

Mungkin sudah tima masanya untuk aku anjakkan sedikit persembahan alam maya aku. Cukup la setakat ini berborak benda-benda merapu. Dulu lain, sekarang lain.

Twitter. Inilah tempatnya. Seharusnya kujadikan medan berguna untuk yang mahu berfikir bersama aku. Bukan lagi seperti dahulu. Tak mahu lagi berborak ringan. Terlalu ringan dan kosong. Pemahaman tentang "What's happening?" perlu aku kaji semula.

Alhamdulillah, semua yang aku follow setakat ini adalah mereka yang memiliki berkualiti dan gaya tweet tersendiri. Kerana itu aku follow mereka semula selepas aku kehilangan akaun lama. Walaupun ada masanya mereka terlalu bersahaja di timeline. Tapi itu bukan masalah bagi aku.

Kena masanya, kena situasinya, kena isunya. Satu perkataan sahaja akan mampu mengajak orang lain turut berfikir. Kerana karisma. Itu yang aku cari di timeline ketika ini. Terima kasih kawan.

Meluahkan sesuatu, bebas untuk sesiapa saja. Tapi aku cuba untuk mengisikan sesuatu yang boleh menarik minda-minda alert untuk sama-sama berfikir dan memahami apa yang aku luahkan.

Aku bukan siapa-siapa. Orang biasa yang ingin berfikir sahaja. Bukan orang yang memiliki gaya hidup mewah. Bukan juga seseorang yang ingin mengapungkan gaya hidup mewah di permukaan "Timeline". Aku tidak begitu.

Maaf, agak beremosi entri ini. Bukan untuk sesiapa, cuma untuk diri aku sendiri.

Bantu aku berfikir. Sesuatu yang ilmiah. Kerana aku seperti kamu. Memilikinya. Perasaan ingin tahu.

Saturday, July 2, 2011

Update Saja

Tiba - tiba jah kau ni. Yang lepas, lepas la. Buat apa mau jadi stalker. Untung tak dapat pun. Bunguk! Puih!

Friday, July 1, 2011

Talamunikasi Berpaku Serpih : Bab 1

"Kesian Hasmah"

Saodah meneliti pesanan ringkas dari Amri. Dia cuba memahami maksud dua perkataan itu. Walaupun sudah sekian lama dia memahaminya.

"Kenapa dengan Kak Hasmah?"

"Tak ada apa la"

"Cakap la"

"Nanti la"

"Hurm"

"Busy kerja. Okbai!"

Soalannya tak terjawab. Grrrr. Saodah mendengus. Geram. Kelihatan kepulan asap keluar dari hidungnya.

"Kenapa dengan Kak Hasmah?" Dia bermonolog. Jiwa remajanya datang kembali. Perasaan ingin tahu. Lantas dia menghantar pesanan ringkas kepada Hasmah.

"Akak ok ke?"

"Ok jew, napew?"

"Xtau, Amri mesej tadi cakap kesian kat akak"

"Eh, kesian kenapa pulak"

"Entah la dia tu. Orang tanya dia kata nanti la nanti la"

"Pulak"

Kak Hasmah ok je. Apa yang kesian ni. Haih si Amri ni! Dicapainya fail lalu menyambung semula kerja.

Cermin di hadapan meja ditoleh. Oh tudung masih ok lagi. Dia senyum sendiri.