Sunday, July 3, 2011

Twitter

Mungkin sudah tima masanya untuk aku anjakkan sedikit persembahan alam maya aku. Cukup la setakat ini berborak benda-benda merapu. Dulu lain, sekarang lain.

Twitter. Inilah tempatnya. Seharusnya kujadikan medan berguna untuk yang mahu berfikir bersama aku. Bukan lagi seperti dahulu. Tak mahu lagi berborak ringan. Terlalu ringan dan kosong. Pemahaman tentang "What's happening?" perlu aku kaji semula.

Alhamdulillah, semua yang aku follow setakat ini adalah mereka yang memiliki berkualiti dan gaya tweet tersendiri. Kerana itu aku follow mereka semula selepas aku kehilangan akaun lama. Walaupun ada masanya mereka terlalu bersahaja di timeline. Tapi itu bukan masalah bagi aku.

Kena masanya, kena situasinya, kena isunya. Satu perkataan sahaja akan mampu mengajak orang lain turut berfikir. Kerana karisma. Itu yang aku cari di timeline ketika ini. Terima kasih kawan.

Meluahkan sesuatu, bebas untuk sesiapa saja. Tapi aku cuba untuk mengisikan sesuatu yang boleh menarik minda-minda alert untuk sama-sama berfikir dan memahami apa yang aku luahkan.

Aku bukan siapa-siapa. Orang biasa yang ingin berfikir sahaja. Bukan orang yang memiliki gaya hidup mewah. Bukan juga seseorang yang ingin mengapungkan gaya hidup mewah di permukaan "Timeline". Aku tidak begitu.

Maaf, agak beremosi entri ini. Bukan untuk sesiapa, cuma untuk diri aku sendiri.

Bantu aku berfikir. Sesuatu yang ilmiah. Kerana aku seperti kamu. Memilikinya. Perasaan ingin tahu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.