Sunday, June 26, 2011

.tatkala

seperti sedang jatuh dari bangunan

Saturday, June 25, 2011

Lapan Belas Ribu Ringgit Malaysia

"Apa? ː̗̀(☉_☉)ː̖́ Lapan Belas Ribu"

"Untung la brade-brade sami siam tu. Buat kerja khurafat 1 malam jah dapat 18k"

1..2..3.. Eksen

Semalam orang - orang besar tempat kerja gua buat aktiviti ritual. Blackmetal boh! Mereka berjampi serapah. Memuja hantu kata mereka. Bermastermindkan sami - sami dari siam. Mereka "meeting" la kononnya. Buat deal dengan makhluk - makhluk berkenaan.

Ntah la. Gua pun tak berapa nak berkenan sangat nak ambik port pasal hantu diorang ni. Mungkin gua tak pernah nampak lagi. Gua pun tak tahu macamana aktiviti pertemuan diorang. Sebab tu gua senyum - senyum angkuh jah bila dengar cerita tahyul diorang.

Namun demikian, kerana jiwa remaja gua yang mengandungi "sikap ingin tahu", gua berharap ada la minit mesyuarat diorang buat. Gua pun nak tahu jugak apa yang berlaku. Berserang balas laser kah. Ada pertempuran ala - ala cerita Ong Bak kah. Ada aktiviti bogelkan wanita untuk dipersembahkan kepada hantu kah. Dapat tengok best tu. Tapi CCTV diorang cabut pulak. Hantu sekarang perasan ada CCTV meh.

Satu patah perkataan untuk para sami.

Uuunnnntuuuungglaaaaaaa...........

Keh keh keh.

Sebenarnya gua memandang enteng perkara ni. Gua saspek semua sami yang menyertai majlis beramas mesra dengan hantu semalam kini berada di Genting Highland tengah duduk bersandar sambil cungkil gigi. Yela baru lepas sarapan. Untung la ada modal masuk kasino. Ye dak. 18 Ribu Ringgit Malaysia tu (ˆ⌣ˆ)

Lima Minit Pun Jadilah

Aku saspek ada binatang dalam kepala aku ni. Sakitnya kemain menikam.

U L A T !!!!

Kalau la boleh belah kepala ni. Lepastu bersihkan mana-mana kotoran dalamnya. Dah lama aku buat. Aku dapat rasakan macam ada ulat bergerak-gerak dari pipi kiri naik ke kepala. Kemudian berpatah balik ke pipi.

Ketika itu aku rasakan macam menghadapi maut. Sakit bukan kepalang. Hingga aku tak peduli berapa dan kapsul apa aku telan.

Harapan cuma satu. Agar aku tertidur dan dapat melupakan sakit ini. 5 minit pun jadilah!

Harap ada yang bertolak ansur. Tak dapat 10 orang, seorang pun jadi lah. Tak dapat berjam-jam, 5 minit pun jadilah.

Acticfast pun kalau dulu 2 bijik sekali makan sekarang da up 3 bijik sekali jalan.

Sudah la sakit. Kau menang

Friday, June 24, 2011

Update Saja

Andai suatu hari aku berhadapan situasi sukar, semoga aku tidak buntu untuk memikirkan penyelesaian dan tidak mengambil jalan mudah dengan mengganggu orang lain tanpa memikirkan keadaannya semata-mata untuk menyelesaikan masalah aku.

Aku ada kaki. Untuk apa pakai kaki orang lain untuk berdiri.

Update Saja

Sebenarnya ada benda yang aku nak post. Tapi atas faktor ketidakmampuan teknologi, maka tertangguh. Mungkin untuk tempoh agak lama.

"aku pendamkan semuanya"

Sepuluh Tahun

Pejam celik pejam celik. Tak sangka sudah 10 tahun aku bersendirian. Berjauhan dengan keluarga.

Bukan tak pernah balik kampung. Hampir setiap tahun aku balik. Paling bangsat pun 2 tahun tak balik.

Syukur, aku masih teguh berdiri. Walaupun adakalanya goyah. Ya, kerap kali juga aku berputus asa. Terfikir menyerah. Tapi tak pernah lagi aku mengalah.

Berjuang seorang. Jatuh, rebah, sakit, lelah, letih. Aku masih mahu berdiri. Sakitnya aku biar hilang sendiri. Tak mampu aku rawatnya.

Aku bukan datang dari keluarga yang senang. Cuma orang kampung yang berhajat besar.

Semoga Tuhan sentiasa beri aku kekuatan. Aku tetap bersabar.

"Dalam hidup ku ini, puas ku tunggu. Sesuatu yang inginku memilikinya. Aku pendamkan semuanya. Walau tegang di emosi, di fikiran aku menyahut mu"

Wednesday, June 22, 2011

Operation Support Analyst -----> I.T Receiver

Aku tengah kecelaruan mental ni. Tak tenang emosi. Ahh! Serabut!

Mari aku kasitau :::::

"Bermula Julai, tidak akan kelihatan lagi I.T Receiver berperut boroi. Hanya yang ada cuma belia wawasan yang biasa-biasa sahaja pada pandangan mata kasar". Tuesday 5.40pm via face2face.

Status facebook aku 21 Jun 2011. Time tu baru lepas meeting.

Argh! Menyampah aku jadi Receiving! Bukan tak boleh bawak, masalahnya itu bukan "root" aku. Itu bukan bidang aku. Maksudnya aku akan jadi tak optimum bila berada di situ.

Jika dilihat dari kacamata insan minda-emosi positiviti, ok jugak sebab aku akan kurang berlegar di depan mata Boss. Dari duduk office jah. Aku bebas berkarisma di luar lingkungan pandangannya. Tapi tu lah dia. Hah!

Bukan bidang aku. Macam pemain pertahanan pasukan bola sepak negara tiba-tiba disenaraikan sebagai peserta terjun papan anjal Sukan Sea. Sungguh "mismatch" bukan.

Harap-harap la apa yang boss aku cakap "U kena stay receiving sementara kita dapat approved dari Area Manager untuk transfer I.T Receiver dari PJ" itu bukan wayang untuk menyedapkan hati aku.

Semoga malam sabtu nanti hantu supermarket berjaya ditewaskan

Seig Heil! Auuuuuuuuuu! <--- stail tarzan

Monday, June 20, 2011

Penangan Ikan Kering


Ikan kering memang telah menghantui diriku. Agak 5km jugak menapak ke Pasar Malam Cahaya deminya. Makcik ni -------> Layin's Layin 4 kali stop dekat check point untuk berehat. Yala, dia jugak yang nak sangat. Gua tarahal. Keh keh keh. 

Malam ni pekena ikan kering lagi. Owh lupa, Pasar Malam tu ada bundle wok. Heh heh heh

Sunday, June 19, 2011

Tragedi Ikan Kering Ada Ganja

Betul! Kalau tak ada kenapa aku ketagih?

Begini ceritanya..........

Hari tu hari Jumaat. Ada pasar malam. Aku teringin nak makan sayur. Yela. Tukang masak ada maa.

Pusing punya pusing punya pusing usya sayur. Beli sayur kobis jah. Pastu terpandang ikan kering. Maka aku pun suruh la tukang masak beli sekali.

Dia pilih yang lebar-lebar. Tapi aku nak yang kecik-kecik. Lalu dia mengalah. Tapi atas dasar demokrasi aku tanya la brade tukang jual tu.

"Brade, yang ni dengan ni sama hargakan? Boleh campurkan?"

"Haa tu sama bang. Boleh boleh"

Lepas tu aku toleh la tukang masak sambil angkat-angkat kening. Belum sempat aku suruh campur dia dah campur sekali. Ok aku buat-buat tengok sayur lain. Aku tak nampak pun kejadian dia mencampuri ikan kering lebar-lebar dengan ikan kering kecik-kecik.

Di pendekkan cerita, malam tu dia pun masak la. Lepas dia masak aku pergi la ambik nasik dengan ikan kering berserta sayur kobis yang dia masak tu.

Sampai rumah aku terus bukak tupperware lalu menjamah. Lapar kan. Aku bukak mulut lepas tu suap. Aku pun kunyah pelan-pelan. Sedap. Aku perasan ikan kering tu yang lebar-lebar. Tapi sebab sedap punya pasal aku lupakan lebar dia.

Eh! Time kunyah pun mahu cerita meh?

CUT!



Pendekkan lagi cerita



Ok! EKSEN!


Lepas makan tu aku komen la dekat wall Facebook tukang masak. Aku puji la dia pandai masak. Walau pun malam tu menu cuma ikan kering dengan sayur kobis. Memang dia pandai masak pun. Aku saja puji sikit - sikit. Puji banyak - banyak nanti lupa daratan pulak.

Keesokan harinya. Dia nak masak ikan kering lagi. Kali ni untuk lunch pulak. Mungkin effect pujian aku semalam masuk sampai tulang sum sum. Tu yang dia nak masak lagi. Aku iyakan jela.

Da siap masak, aku pun macam biasa la. Pergi rumah dia ambik. Nak makan dekat rumah dia tak dapat la jack. Emsem - emsem aku kena halau dengan tuan rumah pulak.

Sampai rumah aku makan la terus. Tapi kali ni rasa lain pulak ikan kering tu. Aku kunyah slow - slow. Lain. Lebih sedap dari semalam. Belek punya belek punya belek. Baru aku perasan. Tu ikan kering yang kecik - kecik. Patut la aku rasa ketagih sampai sekarang. Kira betul la firasat aku bahawa ikan kering makin kecik makin rangup. Apa barang yang lebar - lebar. Booooooo.......

Hmmm. Sekarang aku tengah tunggu dia masak. Belum masak lagi rasanya. Harap - harap ikan kering yang kecik - kecik. Harap - harap jugak dia baca apa aku tulis ni sebelum masak. Hihihi

Opah! I Love U

Saturday, June 18, 2011

Kestabilan Ekonomi Bermula Dari Perbelanjaan Pengguna

Akhirnya aku serender tukar-tukar templete. Biar la guna ni jah. Tak dapat MINIMA BLACK pun tak apa la. Malas aku nak tukar lagi. Buat penat jah. Bukan aku makwe-makwe pun nak templete cantik-cantik. Lampu lip lap lip lap bagai.

Tapi gambar header tu 3 jam la jugak aku fikir nak buat. Aku buat pakai excel. Gempak kan. Hak petuihh!!!

Friday, June 17, 2011

Pening La

Pening la aku macam ni. Suda berjuta kali rasanya setting layout ni.
Camaram! Hah!

Macamana la binatang tu boleh naik atas!

Pui!

Wednesday, June 15, 2011

Kesan Negatif Minyak Angin

Hello.

Kali ni gua nak share sedikit info. Untuk rakan-rakan tersayang. Yalah, selama ini asyik merapu jah. Kali ni gua rasa terpanggil untuk menulis sesuatu yang agak kurang dititikberatkan oleh kita.

Penulisan ini terhasil selepas penyelidikan gua selama 2 bulan terhadap elemen kajian. Di samping itu, gua juga mendapat maklumat daripada beberapa sumber yang akan gua nyatakan kelak.

Minyak Angin. Dengar macam tarahal kan. Seindah namanya, maka anggapan pun ibarat angin berlalu jah.

Bagi sesetengah orang, minyak angin adalah alternatif paling segera untuk melegakan kesakitan seperti pening, mual, sakit perut dan lain-lain. Macam bos gua la. Pening sikit calit kepala dengan minyak angin. Selsema sikit tuang dalam hidung. Burung dia terjaga pun dia calit. Kasi tidur balik katanya.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa minyak angin sebenarnya mampu memberikan kesan negatif yang memudaratkan.

Tanpa membuang masa (takut volume gua kena hisap cepat), di sini gua kongsikan beberapa kesan major akibat penggunaan minyak angin yang terlalu kerap.


1. Mempercepatkan Denyutan Nadi 3 Kali Ganda Dari Biasa

Jika anda merupakan pengamal minyak angin yang tegar, anda mungkin mengetahui kandungan utama dalam penghasilannya iaitu Menthol dan Essential. Menthol adalah komponen yang tersintetik daripada daun papermint atau beberapa mint lain. Peratusannya yang tinggi dalam Minyak Angin mampu mempercepatkan denyutan nadi 3 kali ganda daripada normal. Ini mendorong kepada masalah lelah yang kronik. Untung-untuk boleh kena stroke.

Kesan ini telah dibuktikan melalui kajian sebuah Universiti (tidak dinyatakan negara atas dasar keselamatan) di mana ahli makmal melihat kesannya terhadap anjing jenis Rottwailer. Anjing tersebut didedahkan kepada minyak angin selama sebulan dan kadar kecergasan anjing itu berkurang sebanyak 5.6% setiap hari.


2. Melumpuhkan Deria Bau

Bau minyak angin sememangnya menyenangkan. Pengguna akan berasa selesa menghidunya. Ada jugak yang tidak berkenan dengan bau minyak angin. Spesis pesen hidung pesek agaknya.

Mungkin ramai yang kurang peka terhadap kandungan kecil 'thiner' dalam minyak angin. Seperti yang diketahui umum, thiner mampu melumpuhkan deria bau selain memberi kesan kepada otak jika terlalu kerap dihidu akibat pendedahan.

Di sebuah negara pengeksport utama minyak angin (tidak dinyatakan negara atas dasar keselamatan), pekerja-pekerja kilang pemprosesan minyak angin sendiri diwajibkan memakai topeng muka yang dilengkapi penapis thiner untuk mengelakkan daripada terhidu.


3. Kegagalan Jantung dan Kematian Mengejut

Suatu ketika dulu (sekitar tahun 1984), sebuah kilang pemprosesan minyak angin di sebuah negara (tidak dinyatakan negara atas dasar keselamatan) telah ditutup kerana dikesan mencampurkan "Inhalan" dalam pembuatan produk minyak angin. Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.

Inhalan jika disedut dengan kuat dan dalam, atau digunakan dengan banyak dalam tempoh yang singkat, boleh menyebabkan seseorang itu akan hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati. Seiringan itu, orang yang menghidu juga akan berasa loya dan muntah. Jika muntah terjadi ketika pengsan, kematian boleh berlaku akibat tersedak dan kesesakan nafas.

4. Menutup Liang - Liang Rongga Kulit

Kebanyakan orang gemar menyapu atau calit minyak angin pada kulit organ di mana perlu. Hal ini dianggap berkesan membuang angin. Namun, jika kita perasan, angin yang keluar biasanya melalui mulut yakni melalui sendawa.

Sebenarnya, angin dalam badan tidak keluar melalui liang-liang rongga kulit kerana tertutup oleh sel kulit yang mati akibat bahan yang terkandung dalam minyak angin. Kandungan minyak angin merupakan berlawanan fungsi dengan produk kecantikan yang direka untuk kulit. Jika produk kecantikan "Melambatkan Proses Penuaan" maka minyak angin sebaliknya. Jeng jeng jeng.

5. Penyebab Penyakit Resdung

Dari analisis sebuah klinik yang menumpu kepada rawatan penyakit resdung, 80% daripada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan adalah pengamal minyak angin yang tegar. Analisis ini dibuat berdasarkan kekerapan penggunaan minyak angin dalam sehari.

Seperti yang kita sedia maklum, pengamal minyak angin biasanya menghidu bau untuk melegakan selsema. Melalui amalan menghidu, wap yang terhasil akan melekat pada rongga hidung dan terdedah kepada jangkitan kuman.

Berdasarkan beberapa point di atas, dapat gua simpulkan Minyak Angin adalah pembunuh senyap. Penggunaan yang terlalu kerap boleh melumpuhkan beberapa organ utama badan kita.

Jesteru itu, gua ingin berpesan kepada rakan-rakan di luar sana agar tidak mengamalkan penggunaan minyak angin sebagai pelega kesakitan.

Sebelum gua menamatkan penulisan ini, gua ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun kerana apa yang gua tulis di atas adalah TIPU dan rekaan semata-mata. Gua saja jah buat cerita. Senang cerita LU SUDA KENA BEB! Terima kasih sebab baca sampai habis. Keh keh keh

Mana pulak gua letak Minyak Cap Kapak? Hidung sumbat ni. Hadoi

Monday, June 13, 2011

#NowPlaying Hujan - Kotak Hati

Tak usah kau terangkan ku tahu...
Potret wajahmu di setiap penjuru...
Curahkan deritamu padaku...
Biarku rasa apa yang kau lalu...

Terang-terang,
Bersama rasa sayang...
Ku biarkan kau terbang...

Terang-terang...
Sudut kecil ku isi,
Untuk senyuman mu lagi...

Berbaring renung kita ke bulan...
Lagu yang ku tulis ku nyanyikan...
Lagu cinta tentang kita berdua...
Akan kita kenang hingga tiba masanya...

Terang-terang,
Bersama rasa sayang...
Ku biarkan kau terbang...

Terang-terang,
Sudut kecil ku isi,
Untuk senyuman mu lagi...

Mimpi-mimpi yang tak kembali...
Aku janji, janji takkan pergi...

Friday, June 10, 2011

Harta Pusaka

Malam ni betapa bosan tahap celaka. Kalau aku tahu tadi baik tak payah tidur. Mungkin sekarang aku dah tidur. Menyesal jugak aku bangun. Tidur sampai pagi kan bagus. Paling gempak pun tidur sampai kepala pecah. Hah. Tak tau aku nak buat apa ni. Mengadap Twitter? Malas la. Facebook? Lagi la lahanat tahap babi dia.

Aku capai gitar Kapok® budak bilik sebelah. Cuba mengingat balik bait-bait melodi yang aku dapat tadi. Tapi haram tak ingat langsung!

Ahh! Hisap rokok lagi bagus. Kasi habis satu kotak. Untung - untung kepala pitam boleh tidur!

Update Saja

Eh tak la. Lain. Hahaha. Satu hero mati tapi dapat nyawa dari burung. Satu lagi buat perjanjian lepas tu tak boleh mati. Hehehe. Tapi kira lebih kurang la jugak. Booooooooooo!!

Update Saja

Cerita Ghost Rider ni konsep dia macam cerita The Crow. Boooooooooooo!!!!

Monday, June 6, 2011

GSSU Futsal Hero

Entri ini ditujukan kepada Team Futsal GSSU. Sebuah pasukan futsal yang paling gempak dalam GCH Retail. Kononnya la. Bihihi. 

Tulisan ini akan menceritakan perihal setiap individu yang berada dalam pasukan. Kepada mana-mana pasukan yang ingin menguji team ini, adalah digalakkan untuk membaca entri ini sebelum mengambil keputusan untuk mencabar Team Futsal GSSU. Macam Gud Gud. 



Tam
Tubuh sasa ala Mamat Khalid dan memiliki kederasan rembatan tanpa belas kasihan. Juga pakar membuat sepakan ke kanan tapi pandang ke kiri



Yazid
General court yang menguasai bahagian penjuru gelanggang. Bijak membuat hantaran pendek dan memiliki teknik gentelan comel ala-ala Tok Ketua gitu 



Nan
Terkenal dengan corak permainan "easy game" dan kadangkala menjadi pemusnah sepi. Jangan men kasar nanti dia injured.



Fadly
Penjaga gawang yang sering mendapat undian pukal mengisi posisi tersebut. Sering kali mengkucar-kacirkan barisan serangan lawan dengan golekan dan gelabahan beliau



Amir
Bertubuh saiz S yang kerap melakukan gentelan setempat. Akan melakukan percubaan jarak jauh sekiranya kehabisan gentelan



Fizul @ Sayur
Mendapat jolokan Cristiano Ronaldo. Sangat anggun di tengah court tetapi kadangkala tumpul pada penyudah. Menjadi senjata sulit pasukan untuk memikat para gadis court yang datang. 



Rahman
Pertahanan kental yang mensasarkan kaki lawan untuk "ditetak". Tak pernah berputus asa untuk menghalang serangan pihak musuh. Selagi kau tak rebah, selagi itu kau tak senang menggentel.



Epy
Ibarat dinding penghalang. Fizikal yang teguh menjadi aset berharga dalam pasukan untuk membentes pihak lawan. Juga menguasai teknik kepit bola lalu melompat melepasi pertahanan lawan.



Daus
General yang berkebolehan membaca corak permainan. Lebih gemar bermain di bahagian pertahanan dan acap kali melakukan larian solo jika berasa geram.



Azmi
Kereta kebal. Jolokan paling sesuai untuk beliau. Tak kira dengan siapa dia berdepan. Kecik besar kecik besar je pada penglihatan beliau. Kalau nak kena rempuh mari la try.



Rosiman
Abang Long court. Menguasai segenap sudut court tanpa usul periksa. Dipercayai memiliki kuasa magic kerana tiba-tiba berada di depan gol untuk menolak bola masuk lalu meraikan gol style Steven Gerard.



Botak
Gaya permainan yang agak fancy dan sentiasa kelihatan gembira bila bola berada di kaki. Sering membuat gentelan lalu melorongkan bola secara tiba-tiba tanpa disangka.



Shamsul
Pakar membuat larian lurus tanpa memerlukan pembaris. Di penghujung lariannya akan berlaku rempuhan. Sering membuat rembatan mengejut menggunakan kaki kiri



Ridz
Individu paling macho dalam pasukan. Susuk tubuh ala Julius Ating membuatkan pihak lawan berasa gentar. Tak pernah putus asa untuk menjaringkan gol. Selagi tak ada gol tak mau berenti punya habaq hang


Asri
Malas nak cakap banyak la. Tengok belakang jah dah menggerunkan pihak lawan. Kekekekeke



Sunday, June 5, 2011

Kata Ganti Nama Untuk Kekasih

Allo!

Heh heh heh. Kembali jiwang. Amacam?

Kita langsung. Kita langsung okeh! Tak mau cerita bunga berkobar-kobar. Sekarang zaman straight to the point. Mana musim main kias-kias. Kias pagi makan nasik lemak. Kias petang makan roti pisang.

Ok. Itu kais, bukan kias. Keh keh keh

Kembali ke judul. Haacee cee cee.

"Kata Ganti Nama Untuk Kekasih". Ok! Lu panggil awek lu apa? Yang dah kawin jangan jawab la bangang! Gua post entri ni untuk mereka yang belum kawin jah. Kau kau kau kau dan kau pergi buka blog alam perkahwinan. Lepas tu link ke Facebook anda. Jangan lupa tag akaun bini masing-masing. Kikikikiki.

Gua tanya lagi sekali. Lu panggil awek lu apa? Tak mahu jawab? Ok tak mengapa.

Di sini aku huraikan beberapa kata ganti nama untuk kekasih. Aku selitkan sedikit huraian istimewa mengikut sedap mulut gigi dan gusi aku. Kira pujian la untuk kamu kamu kamu dan kamu. 

1. Saya - Awak
Kata ganti nama ini sangat biasa. Mudah dan tidak terlalu over. Kira macam stim-stim kuku la. Ada juga yang gunakan panggilan ini waktu permulaan hubungan. Cover gedik. Tapi ada yang guna sampai kahwin. Sebenarnya kata ganti nama ini adalah pendekatan paling berkesan untuk yang memiliki 2 atau lebih awek/ pakwe. Yela, semua Saya - Awak. Kalau awek/ pakwe tanya siapa tu jawapan dia "kawan". Selamat bukan?

2. I - You
Ini agak urban. Ye. Couple urban. Couple bajet urban pun iye jugak. Couple bajet space pun iye jugak. Space sms. Nak save aksara. Kalau lebih kena double charge pulak kan? Kalau chatting tu kira malas taip panjang-panjang la. I, U kan senang. Sekali tekan jah keyboard tu. Sebenarnya panggilan sebegini kebiasaannya digunakan oleh couple yang bajet kebandaran la. Yang ala-ala Amerika sikit katanya. Kita yang sekali terdengar terus timbul sikap tipikal menganggap mereka SPM dapat gred A++ dalam subjek English. Tapi jangan silap. Itu cuma bajet.

3. Abang - Ayang / Sayang
Kata ganti nama ini untuk couple yang optimis terhadap masa depan hubungan. Yelah, kata ganti nama ala-ala orang yang sudah mendirikan rumah tangga gitu. Sebenarnya couple yang menggunakan kata ganti nama sebegini agak jarang kita temui. Mungkin kerana stail ini tak seberapa nak cool. Sebab agak klasik kot. Peluang mendengarnya dalam masyarakat agak-agak hanya ada 1 dalam 100 couple. Cuba usya pasangan yang sudah bertunang ;-] 

4. Hubby - Honey
Hah haa. Ini juga kedengaran agak Amerika. Tapi yang ni lebih manja dan mesra la kan. Seperti kata ganti nama sebelum ni, kata ganti nama ini juga agak kurang digunakan oleh pasangan bercinta. Kalau jumpa pun nasib-nasib jelah. Yelah, Hubby dan Honey. Mana gempak guna stail ni kan. Sebab ada singkatan lain yang lebih comel dan manja. Ce scroll bawah. Scroll sikit jah.

5. Bie - Baby
Yeah! Inilah dia. Penyelesaian untuk menjadi Amerika dengan ringkas dan mudah. Kata ganti nama yang agak popular dan menjadi pilihan kebanyakan couple era ini. Agak comel dan manja jika sekali dengar. Namun bagi mereka yang menghidapi masalah tekak berlendir mungkin boleh tersedak mendengarnya. Yelah baby baby, silap dengar boleh jadi binatang haram pulak. Kalau time gaduh pun boleh la buat-buat salah sebut. Ye dak

6. Papa - Mama
Heh! Ini lagi satu. Antara kata ganti nama untuk kekasih yang kerap kita dengar. Manja dan comel kan? Kata ganti nama ini sebenarnya dimulakan oleh ibubapa Nobita dalam kartun manga Jepun Doraemon. Siapa lah tak pernah tengok Doraemon kan. Melalui pangilan antara suami isteri ini (Papa dan Mama Nobita) maka para couple terinspirasi untuk menggunakannya.

7. Aku - Kau
Hah! Ini untuk couple rempit. Comel bukan. Kata ganti nama begini agak kasar tapi sebenarnya tersirat keakraban. Lihat sajalah pasangan mat rempit dengan bohsianya. Sungguh akrab bukan. Melekat atas motor bagai tidak mahu dipisahkan. Selain mat rempit dan bohsianya, rata-rata couple dari Borneo juga menggunakan kata ganti nama sebegini. Bagi masyarakat Sabah dan Sarawak, panggilan / kata ganti nama ini tidaklah dianggap biadap. Malah dianggap kata ganti nama untuk orang-orang yang rapat dengan si pemanggil. Oleh itu jangan silap, bukan mat rempit sahaja yang sempoi ;-]

8. Gua - Lu
Err ada ke couple guna kata ganti nama macam ni. Gua Lu - Gua Lu. Kalau ada memang gua tabik la. Sempoi kemain. Agak-agak mat rempit dan bohsianya guna tak. Kalau ikut filem Bohsia ada la. Tapi itu berlakon. Secara nyatanya tak tahu pulak kan. Tak berani nak cakap dowh!

Amacam? Heh heh heh. Setuju? Tak setuju? Bagus. Aku suka bila kamu tak setuju. Sekurang-kurangnya kamu baca sampai habis entri ni. Hih hih hih.

Kalau nak disenaraikan, banyak lagi kata ganti nama yang wujud di kalangan couple dalam masyarakat kita. Tapi kebanyakannya berkiblatkan peribadi. Aku nak kupas satu-persatu pun jenuh jugak. Tak pasal-pasal nanti aku yang terkupas.

Sampai sini jah kot. Aku baru makan ubat ni. Rasa dah mengantuknya. Bye! Aku nak tidur. Nak mimpi aku punya baby. Kikikiki

Layin Layins

Azlan And The Typewriter - Kelibat Si Penyair



Di atas Kaca,
Terpancar Satu cahaya,
Berlari Ku Pergi,
Untuk Tahu apa Di sana,
Suara yang Merdu,
Memanggil-manggil namaku,
Wangian Terhidu,
Menusuk Ke dalam Tubuhku,
aaa-aah,
Oh-ohhhhh,
Oooh-oooh,
Yeaahhhyeah,
Indahnya Bila,
Ku celik mata,
Bagai hidup semula,
Kerana Dia,
Aku Begini,
Hidupku penuh Bermakna,
Takkan Lagi Mempersiakannya.
Di bawah langit,
Malam aku hanya sendiri,
Ku renung awan,
Airmataku berlinangan,
Tersentuh Hatiku,
Bilaku mendakap kamu,
Penyuluh Gelapku,
Jalan yang aku tuju,
aaa-aah,
Oh-ohhhhh,
Oooh-oooh,
Yeaahhhyeah,
Indahnya Bila,
Ku celik mata,
Bagai hidup semula,
Kerana Dia,
Aku Begini,
Hidupku penuh Bermakna,
Takkan Lagi Mempersiakannya.
Yeaahhhyeah,
Indahnya Bila,
Ku celik mata,
Bagai hidup semula,
Kerana Dia,
Aku Begini,
Hidupku penuh Bermakna,
Takkan Lagi Mempersiakannya.(2x)
aaa-aah,
Oh-ohhhhh,
Oooh-oooh,
aaa-aah,
Oh-ohhhhh,
Oooh-oooh.

Menangis Kot

Aku sebenarnya kuat. Aku tau. Aku kenal diri aku. Aku boleh hadapi semua ni. Sendiri. Aku boleh pergi. Aku boleh redah. Aku boleh langgar. Aku boleh. Aku tak takut. Aku dah biasa hadapi semua ni. Aku tak pernah mengalah. Aku tau. Aku ingat semua yang pernah aku lalui. Aku tau pedihnya. Aku kenal sakitnya.

Adakalanya aku goyah.
Adakalanya aku jatuh.
Adakalanya aku raung sakitnya.

Andai suatu hari aku menangis. Bukan bererti aku mengalah. Bukan bererti aku menyerah.

Aku cuma melepaskan kelodak yang memberatkan langkahku.
Aku cuma mematikan sel barah yang melemahkan semangatku.

Biarku rasa ringan kembali.
Bersemangat kembali.
Kembali.
Kuat!

Menangis time selsema best. Hingus keluar lancar jah. Sapa-sapa tolong hulurkan tisu. Gua menangis kot. Sedih ni. Keh keh keh