Sunday, September 4, 2011

Kapitalis Bebalnya Macam Unta

Selamat Hari Raya!

Hari ni sudah mula bekerja. Masa rehat masa kelaparan. Sudah lama rasanya aktiviti makan tengah hari di tempat kerja tergendala. Agak-agak ada dalam sebulan. Puasa ngok!

Kedai makan masih banyak tutup. Ada 2 3 ketul sahaja yang buka. Maka pilihan pun semakin kecil. Mamak? Owh itu bukan kegemaran. Terlalu banyak juadah air tangan mamak masuk ke dalam perut manja yang sebijik ini. Makanan Melayu tetap menjadi pilihan tekak yang agak kurang cerewet dan berwibawa milikku.

Kedai tumpuan masih tutup! Terpaksa singgah di kedai sebelah. Hmm asalkan kedai Melayu. Lauk sekadar mengisi perut yang meronta sahaja. Cukuplah. Jangan kau meminta lebih. Cukuplah membazir di bulan Ramadhan. Sekarang masa untuk "menghukum" pembaziran yang sengaja diamalkan. Yang sengaja ditidaksengajakan. Haha. Manis mulut bicara. Pandai cakap tak mengapa.

"Berapa kak". Tanya ku dengan penuh ego. Yela, setakat nasik lauk ayam apa la sangat. Sangap-sangap pun RM5 jah.

"Air apa dik?" (Ayat sebenar adalah "minum apa adik hensem?". Tapi aku sengaja tidak mengimplimentasikan yang itu ke dalam penulisan. Takut dilabel bongkak atau meninggi diri)

"Sirap ais!" Keyakinan menjawab soalan adalah penunjuk aras keperibadian tahu.

"Enam ringgit lapan puluh sen dik"

1...2...3...4... Empat teguk air liur aku telan. Basah tekak yang kering ini tahu!

Agak berketar tangan kanan menghulur not merah. Errrr memang kau kena PANGKAH!!!

Apa la punya peniaga. Patut ketika pesaing tiada mereka wajarnya memasang taktik untuk menarik pelanggan. Masa ini la harga perlu diletak lebih rendah. Masakan pun harus la sedap. Ni sedap kepotolnya. Rasa macam bau bantal yang baru ditemui dalam bilik bawah tanah. Peh! Pecah selera aku. Punah!

Lepas makan aku blah! Gila kau nak lepak lama-lama kat tempat tak ada line. Macam mana aku nak update pesbuk?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.