Sunday, May 15, 2011

Seperti Pokok Yang Ingin Mencecah Langit

Agak emo. Mungkin. Rasa-rasanyalah.

Sebenarnya emosional saja. Heh heh heh

Menu > Media Folder > Music > Artis > Harmacy > Kucari > Play

@BudakYuss : #NP Harmacy - Kucari

Agak emosional malam ni kan.

Aku cakap pada diriku ini. Kau semua menyahut kenapa? Nah ambik ni seorang 2 ringgit, pergi cyber cafe main Facebook!

Pokok. Langit. Di antaranya apa? Ya. "Kita"

Mungkinkah berdaya mencecah langit? Berdaya? Ya. Sesuai. Kerana aku kiaskan menjadi "Kita". Langsung.

Pokok semakin hari semakin tinggi. Selagi mampu. Sentiasa mencuba mencecah langit. Di hujung tidak putus asanya adalah kerebahan. Menyembah bumi.

Tak pasti kan. Bukan tak pasti, tapi mustahil.

Mana bisa pokok boleh mencecah langit. Kalau pakai benih kacang ajaib boleh. Tapi itu cuma dongeng. Maksudnya kita tengah berangan-angan menjumpai guni berisi jutaan wang ringgit. Macam yang selalu aku angankan setiap malam sebelum lena. Aku mahu Iphone, aku mahu Ipad, aku mau macbook. Aku mahu kakak kau. Angan-angan. Biasalah.

Tapi, pernahkah pokok berhenti meninggi? Aku maksudkan pokok yang besar-besar. Tak pernah kan?

Cuba kau "pokok" kan diri kau. Bukan pokok lalang. Bukan pokok padi.Tapi pokok balak.

1....2....3....4....5....6....7....8....9....10

Jangan putus asa sayang. Teruskan berusaha. Mati sahaja yang menjadi pengakhiran usaha kita.

"Jalan ini masih jauh, mampukah ku? Teguhkah ku? Ku tanya diri berkali-kali, siapakah ku di dunia Mu. Kucari hanyalah kedamaian. Berikanlah. Berikanlah. Kucari hanyalah kekuatan. Tunjukkanlah. Tunjukkanlah"

#NP Harmacy - Kucari > Stop

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.