Saturday, May 21, 2011

Kekasihmu Dan Masa Depan Cinta Demi Pertengkaran

Hello.

Entri ini agak bias. Barangkali. Tapi suka ati aku la kan. Kau kau kau kau dan kau diam. Pergi sambung makan karipap mak kau buat tu.

Bercakap mengenai kekasih, siapa yang tak pernah berkasih-kasih? Maka sedar la diri tu huduh. Buka la hati pergi buat pembedahan plastik. Ubah sikit hidung tu. Mata tu kasi besar sikit. Bibir tu buang sikit jebeh dia. Yang perut melabai macam plastik penuh air tu faham-faham la. Bawak-bawak la pujuk saudara terdekat mintak teman pergi buat pembedahan sedut lemak.

JANGAN! Aku gurau-gurau jah. Kalau sudah ditakdirkan kau macam tu, terima saja. Tunggu masa. Pasti ada pasangan untuk kau. Sesuai tak sesuai jangan cerewet. Kau tu kacak atau jelita sangat ke nak pilih-pilih. Macam makwe-makwe cashier tempat aku selalu cakap "Cantek Kew"

Intro agak panas. Keh keh keh.

"Kekasihmu dan Masa Depan Cinta Demi Pertengkaran". Agak subjektif judulnya kan. Terlalu umum. Tapi sekali pandang macam bangang jugak judulnya. Tapi tak apa, bapak kau kisah? Tak kisah kan.

Sebenarnya aku ingin mengupas sedikit hal ehwal percintaan yang aku nampak dalam masyarakat. Ludah ke langit, kena muka sendiri. Ok, aku pun terasa. Keh keh keh.

Percintaan bukan mudah. Maksud aku yang ingin dibawa ke alam perkahwinan. Semestinya dalam perkahwinan pun mesti wujud percintaan. Kalau dah tak ada, apa lagi kau tunggu? Pergi pejabat agama. Bercerai sekarang.

JANGAN! Aku gurau-gurau jah.

Ok. Serius!

Pertengkaran dalam percintaan itu memang sudah biasa. Kalau tak pernah bergaduh tu maknanya kau kena Queen Control atau pun King Control. King Control tu maksudnya perempuan ikut cakap lelaki jelah. Tak ada chance langsung nak bersuara atau bagi pendapat. Queen Control tu faham-faham la. Kalau tak faham jugak bak datang semua keturunan kau jumpa aku. Aku nak bagi penampar seorang sebijik.

Pertengkaran yang aku ingin huraikan bukan la jenis-jenis pertengkaran. Atau pun faktor-faktor pertengkaran. Apa yang aku nak cakap kat sini adalah tindakan selepas pertengkaran. Time dua merpati sejoli (Pandang atas tangan di dada) diam dan buntu untuk memikirkan apa tindakan seterusnya. Atau pun time jiwa dah kacau. Atau pun time "Aku malas da nak cakap banyak". Atau pun modal mengungkit dah abis. Atau pun words mencarut atau memaki dah abis. Dapat?

Di sini aku senaraikan beberapa tindakan dan apa yang mungkin tersirat dari tindakan tersebut. Tak banyak pun. 4 point jah. Kekekeke.


1. Lelaki Atau Perempuan Blah Cenggitu Je. Peh!

Ini maknanya orang yang blah tu da tak tahu nak cakap apa. Senang cerita tak ada point nak cakap. Kalau diteliti, orang macam ni cenderung meninggalkan pasangannya. Sikit-sikit nak blah. Kalau pasangan kau macam ni silalah bersedia untuk ditinggalkan di masa depan ataupun masa itu jugak. Maksud aku diceraikan (Bagi perempuan). Atau bagi lelaki, bersedialah. Kemungkinan bini kau akan lari ikut mamat itam bibir jeber pergi jual dadah.


2. Tangan Naik > Pelepap Sekali Di Pipi Mulus.

Macam permainan badminton. Sekali smash, bola mati. Lepas tu buang reket. Lepas tu meraikan kemenangan. Yang kalah pulak tunduk. Mengaku kekalahan. Kalau ada peluang akan mengalirkan air mata. Nampak? Maksudnya yang angkat tangan tu adalah pembelasah pasangan. Ni biasanya penamat kaum lelaki. Kalau pasangan kau macam ni, mula hari ni makan la banyak-banyak. Kasi tembam pipi tu. Kau akan jadi mangsa belasahan suami kau di alam perkahwinan nanti.


3. Hantar (Perempuan) Balik Rumah. Diam Berhari-hari atau Berminggu-minggu

Yang ini senang nak faham. Tindakan ni biasanya orang lelaki buat la. tak faham jugak? Ok. Maksudnya pasangan kau tu tak nak cakap apa-apa lagi. Dia berserah pada masa dan keadaan. Biarlah keadaan tentukan masa depan hubungan itu. Tapi kau takkan terabai, sebab dia hantar balik rumah. Bermakna dia pastikan kau berada dalam keadaan baik dan berada di tempat yang selamat sebelum dia tinggalkan kau.


4. Mintak Hantar Rumah Mak

Ini biasanya tindakan orang perempuan la. Mintak hantar rumah mak ni secara tak langsung adalah usaha melibatkan keluarga dalam pertengkaran. Positifnya, pihak mintak hantar ni tak nak menyusahkan pasangan bila dah buntu dengan hubungan. Tapi yang tak baiknya pulak, maksud tersiratnya "Pulangkan aku pada mak aku balik". Nampak? Haa. Bagus la kalau faham.

Kalau lepas kahwin kau duduk rumah parent pasangan kau. Sila alert dengan ayat ni. "Kau bayar sewa duduk rumah ni sejak hari pertama kau duduk sini". Itu adalah tuntutan cerai. Maka faham-faham lah. Sila berambus dari "neraka" itu sekarang sebelum kaum kerabatnya hentak kau. Kekekeke.


Ok. Itu jah yang aku dapat hurai. Penat baca kan? Semua aku merapu jah. Hahahaha.

Bye! Opah da ajak aku pergi makan. Rindu ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.