Wednesday, June 15, 2011

Kesan Negatif Minyak Angin

Hello.

Kali ni gua nak share sedikit info. Untuk rakan-rakan tersayang. Yalah, selama ini asyik merapu jah. Kali ni gua rasa terpanggil untuk menulis sesuatu yang agak kurang dititikberatkan oleh kita.

Penulisan ini terhasil selepas penyelidikan gua selama 2 bulan terhadap elemen kajian. Di samping itu, gua juga mendapat maklumat daripada beberapa sumber yang akan gua nyatakan kelak.

Minyak Angin. Dengar macam tarahal kan. Seindah namanya, maka anggapan pun ibarat angin berlalu jah.

Bagi sesetengah orang, minyak angin adalah alternatif paling segera untuk melegakan kesakitan seperti pening, mual, sakit perut dan lain-lain. Macam bos gua la. Pening sikit calit kepala dengan minyak angin. Selsema sikit tuang dalam hidung. Burung dia terjaga pun dia calit. Kasi tidur balik katanya.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa minyak angin sebenarnya mampu memberikan kesan negatif yang memudaratkan.

Tanpa membuang masa (takut volume gua kena hisap cepat), di sini gua kongsikan beberapa kesan major akibat penggunaan minyak angin yang terlalu kerap.


1. Mempercepatkan Denyutan Nadi 3 Kali Ganda Dari Biasa

Jika anda merupakan pengamal minyak angin yang tegar, anda mungkin mengetahui kandungan utama dalam penghasilannya iaitu Menthol dan Essential. Menthol adalah komponen yang tersintetik daripada daun papermint atau beberapa mint lain. Peratusannya yang tinggi dalam Minyak Angin mampu mempercepatkan denyutan nadi 3 kali ganda daripada normal. Ini mendorong kepada masalah lelah yang kronik. Untung-untuk boleh kena stroke.

Kesan ini telah dibuktikan melalui kajian sebuah Universiti (tidak dinyatakan negara atas dasar keselamatan) di mana ahli makmal melihat kesannya terhadap anjing jenis Rottwailer. Anjing tersebut didedahkan kepada minyak angin selama sebulan dan kadar kecergasan anjing itu berkurang sebanyak 5.6% setiap hari.


2. Melumpuhkan Deria Bau

Bau minyak angin sememangnya menyenangkan. Pengguna akan berasa selesa menghidunya. Ada jugak yang tidak berkenan dengan bau minyak angin. Spesis pesen hidung pesek agaknya.

Mungkin ramai yang kurang peka terhadap kandungan kecil 'thiner' dalam minyak angin. Seperti yang diketahui umum, thiner mampu melumpuhkan deria bau selain memberi kesan kepada otak jika terlalu kerap dihidu akibat pendedahan.

Di sebuah negara pengeksport utama minyak angin (tidak dinyatakan negara atas dasar keselamatan), pekerja-pekerja kilang pemprosesan minyak angin sendiri diwajibkan memakai topeng muka yang dilengkapi penapis thiner untuk mengelakkan daripada terhidu.


3. Kegagalan Jantung dan Kematian Mengejut

Suatu ketika dulu (sekitar tahun 1984), sebuah kilang pemprosesan minyak angin di sebuah negara (tidak dinyatakan negara atas dasar keselamatan) telah ditutup kerana dikesan mencampurkan "Inhalan" dalam pembuatan produk minyak angin. Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.

Inhalan jika disedut dengan kuat dan dalam, atau digunakan dengan banyak dalam tempoh yang singkat, boleh menyebabkan seseorang itu akan hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati. Seiringan itu, orang yang menghidu juga akan berasa loya dan muntah. Jika muntah terjadi ketika pengsan, kematian boleh berlaku akibat tersedak dan kesesakan nafas.

4. Menutup Liang - Liang Rongga Kulit

Kebanyakan orang gemar menyapu atau calit minyak angin pada kulit organ di mana perlu. Hal ini dianggap berkesan membuang angin. Namun, jika kita perasan, angin yang keluar biasanya melalui mulut yakni melalui sendawa.

Sebenarnya, angin dalam badan tidak keluar melalui liang-liang rongga kulit kerana tertutup oleh sel kulit yang mati akibat bahan yang terkandung dalam minyak angin. Kandungan minyak angin merupakan berlawanan fungsi dengan produk kecantikan yang direka untuk kulit. Jika produk kecantikan "Melambatkan Proses Penuaan" maka minyak angin sebaliknya. Jeng jeng jeng.

5. Penyebab Penyakit Resdung

Dari analisis sebuah klinik yang menumpu kepada rawatan penyakit resdung, 80% daripada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan adalah pengamal minyak angin yang tegar. Analisis ini dibuat berdasarkan kekerapan penggunaan minyak angin dalam sehari.

Seperti yang kita sedia maklum, pengamal minyak angin biasanya menghidu bau untuk melegakan selsema. Melalui amalan menghidu, wap yang terhasil akan melekat pada rongga hidung dan terdedah kepada jangkitan kuman.

Berdasarkan beberapa point di atas, dapat gua simpulkan Minyak Angin adalah pembunuh senyap. Penggunaan yang terlalu kerap boleh melumpuhkan beberapa organ utama badan kita.

Jesteru itu, gua ingin berpesan kepada rakan-rakan di luar sana agar tidak mengamalkan penggunaan minyak angin sebagai pelega kesakitan.

Sebelum gua menamatkan penulisan ini, gua ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun kerana apa yang gua tulis di atas adalah TIPU dan rekaan semata-mata. Gua saja jah buat cerita. Senang cerita LU SUDA KENA BEB! Terima kasih sebab baca sampai habis. Keh keh keh

Mana pulak gua letak Minyak Cap Kapak? Hidung sumbat ni. Hadoi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.